|
| |
SEPERTI wanita kacukan lain, wajah pan Asia yang dimilikinya sangat menawan. Senyuman dan lirikan matanya sudah cukup membuatkan orang di sekelilingnya selesa mendekatinya.
Memiliki diploma dalam bidang Mikrobiologi dan Sarjana Muda Fisioterapi (Kepujian), anak kelahiran Perak ini memilih kerjaya sebagai model.
Mengakui sibuk dengan jadual kerja, dia mempunyai hobi yang sama dengan wanita lain.
Siapa menyangka wanita moden sepertinya gemar memasak.
“Saya mula suka memasak sejak kecil lagi apabila saya selalu turun ke dapur melihat ibu memasak. Antara masakan yang menjadi kegemaran seisi keluarga ialah masakan Melayu seperti lauk-pauk dan gulai,” ujar model, Syazwin Nasution atau mesra dengan panggilan Wynn, 27 ketika ditemui di sidang media solekan Aidilfitri Lancome baru-baru ini.
Bercerita tentang kariernya, Wynn menceburi bidang peragawan secara kebetulan sahaja.
“Pada mulanya, saya hanya menjadi pengganti kepada seorang model yang tak dapat hadir untuk sesi penggambaran fesyen seorang pereka tanah air.
“Dari situlah saya memulakan karier sebagai model. Kebetulan, pada masa itu, saya baru sahaja menamatkan pengajian ijazah,” ujarnya yang mementingkan penjagaan kecantikan dan kesihatan tubuh badan.
Sebagai seorang model, Wynn juga tidak alpa tentang penjagaan wajahnya. Justeru itu, untuk mengelakkan wajah dan tubuh tampak kering dan kusam sewaktu bulan Ramadan, Wynn akan memakai krim pelembap muka dan losen badan yang secukupnya setiap hari untuk mengekalkan kelembapan kulit.
“Untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri secara optimum, saya akan memakai masker muka Lancome Genifique dua minggu sekali. Tanpa memakainya, kulit tampak kurang anjal dan kusam malah saya menjadi kurang yakin bila berdepan dengan orang ramai,” ujarnya yang mengakui Lancome adalah jenama kosmetik yang amat dikenali dan dipercayai di Malaysia.
Sejak universiti lagi, wanita ini tidak mempunyai sebarang masalah memakai produk Lancome yang amat sesuai dengan penduduk Asia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: