Sunday, August 21, 2011

Keselesaan fabrik kapas


Menarik dengan warna ceria seperti kuning dan hijau. Bukan sahaja selesa dipakai, ia menyerlahkan penampilan di hari raya.


KESEMPATAN mengunjungi Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini sangat mengujakan. Susunan jualan baju kurung pelbagai fabrik pantas menangkap pandangan mata.

Berbeza dengan jualan tiga tahun lalu, pakaian fabrik kapas mula dilihat di mana-mana sahaja.

Keistimewaan materialnya yang berasal daripada kapas, kapas menjadi benang, daripada benang menjadi kain, menjadikan ia fabrik pilihan bagi pakaian mahupun produk hiasan rumah.

Fabrik kapas dikatakan tahan lama, lembut, sejuk, menyerap, keselesaan dan cantik menjadikannya begitu popular.

Sesuai dengan cuaca negara kita yang panas, pakaian fabrik kapas mudah menyerap peluh dan tidak berbau.

Koleksi fesyen fabrik kapas sedia pakai Jakel tahun ini menampilkan warna dan corak menarik. Pelanggan boleh memilih jenis-jenis fabrik benang kapas yang mereka suka seperti benang kapas India, Inggeris, China, Swiss, Itali, sulam dan lawi.

Fabrik kapas, pilihan dari India dan Jepun lebih lembut, ringan dan tahan, sementara benang kapas Swiss licin dan nampak berkilat.

Di Jakel, pelbagai pilihan baju kurung kelihatan lebih ringkas tanpa perincian manik.Cukup selesa dan cantik, bahkan baju kurung kapas amat praktikal untuk setiap masa. Corak-corak fabrik di Jakel juga eksklusif kerana setiap corak hanya dibuat beberapa pasang sahaja.

Tidak ketinggalan, Jakel turut menyediakan koleksi baju Melayu daripada fabrik kapas. Jakel juga menawarkan potongan 10 hingga 30 peratus.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: