Monday, August 22, 2011

Tinggal rakan elak diberkas


ANGGOTA polis mengangkat mayat seorang lelaki yang ditembak mati dalam kejadian samun sebuah kafe siber di Kampung Baru, Sungai Buloh semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah yang terdesak untuk melarikan diri sanggup meninggalkan rakannya yang tercedera di tepi jalan selepas kereta jenis Naza Citra berwarna hitam yang dinaiki mereka dikejar polis dalam kejadian di Damansara Damai dekat sini semalam.

Kejadian pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila dua suspek berusia di antara 20-an dan 30-an sedang melarikan diri selepas cubaan mereka bersama seorang lagi rakan menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru, Sungai Buloh dekat sini sejam sebelum itu gagal.

Dalam kejadian itu, salah seorang daripada tiga penjenayah tersebut mati selepas ditembak di perut oleh dua anggota polis yang ketika kejadian sedang melakukan intipan dan risikan di kafe siber itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, sebelum itu, ketiga-tiga mereka yang menaiki kereta Naza Citra datang ke premis itu dan masuk melalui pintu belakang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: