KUALA LUMPUR – Beberapa tempat membeli-belah utama di ibu negara semakin sesak dikunjungi umat Islam yang mahu membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi.
Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut sejak pagi lagi.
Seorang peniaga baju kurung dan tudung, Puji Rahayu Sujadi, 40, berkata, orang ramai mula membanjiri gerainya seawal pukul 9 pagi untuk mendapatkan koleksi pakaian dari kilangnya di Sentul yang berdasarkan fesyen selebriti.
“Saya dapati jumlah pengunjung yang membeli-belah di Jalan TAR dan Jalan Masjid India lebih ramai berbanding pada tahun lalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: