Monday, August 22, 2011

Tiga juta kelapa diimport


NOH melihat santan kelapa sawit di Pasar Tani Mega Stadium, Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Kesemua tiga juta biji kelapa yang diimport dari negara jiran telah dibawa masuk ke negara ini bagi memastikan bekalannya sentiasa mencukupi untuk pengguna di seluruh negara menjelang Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya yakin dapat mengatasi masalah kekurangan kelapa setelah langkah penambahan bekalan kelapa dibuat oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sejak bulan lalu.

Menurutnya, kekurangan kelapa dijamin tidak akan berlaku berikutan terdapat santan yang kini dihasilkan daripada kelapa sawit dan telah dijual di pasaran pada harga kira-kira RM7 sekilogram.

“Dengan adanya ciptaan santan daripada kelapa sawit, ia dapat membantu masalah kekurangan santan yang telah menyebabkan FAMA terpaksa mengimport tiga juta biji kelapa yang sudah pun dibawa masuk.

“FAMA yakin isu kenaikan harga tidak akan berlaku apabila bekalan kini semakin banyak dan mencukupi,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini:

Post a Comment