KUALA PILAH – Berpantang maut sebelum ajal! Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki berusia 29 tahun yang masih bernyawa walaupun ditikam sebanyak lapan kali di badannya sebelum dicampak di dalam hutan di Jalan Bukit Putus di sini pada Khamis lalu.
Lebih mengejutkan apabila lelaki terbabit yang tersedar dari pengsan pada pagi Jumaat lalu itu masih berupaya berjalan sejauh beberapa kilometer sebelum diselamatkan oleh orang ramai di Jalan Seremban-Kuala Pilah semalam.
Sumber berkata, lelaki dikenali sebagai Arman Shah itu diselamatkan oleh orang ramai yang menemui mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan separuh sedar sebelum menghubungi ambulans.
“Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban dekat sini dan kakitangan di wad kecemasan terkejut selepas mendapati lelaki itu masih hidup walaupun terdapat lapan kesan tikaman pada badannya.
“Mangsa sempat menceritakan yang dia tidak sedarkan diri selepas diserang dua lelaki yang dikenalinya dengan menggunakan pisau pada petang Khamis lalu di Bahau, dekat sini,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: