Tuesday, August 2, 2011

Set Ramadan Papa Johns


PAPA Johns mempunyai sembilan lokasi di seluruh Malaysia dengan pengalaman kulinari piza sebenar.


BULAN Ramadan bukan sahaja bulan yang mewajibkan Muslimin berpuasa dan meningkatkan amalan bahkan, pada bulan ini jugalah banyak restoran, kafe dan hotel-hotel berlumba-lumba untuk mempromosi juadah berbuka puasa. Tidak ketinggalan rangkaian restoran makanan segera yang pasti dipenuhi pelanggan saat menjelang waktu berbuka. Salah sebuah restoran makanan segera yang memperkenalkan menu dan pakej khas sempena berbuka puasa ialah restoran piza, Papa Johns.

Walaupun berasal dari Amerika Syarikat, sebagai menghormati amalan berpuasa masyarakat Islam di negara ini, restoran tersebut memperkenalkan menu khas bersama-sama dua pakej hidangan yang boleh didapati pada harga yang berpatutan.

Piza Shish Kebab iaitu resipi piza dari Maghribi adalah hidangan istimewa yang ditawarkan selain sate ayam pedas yang kenyal, satu lagi tarikan mesti cuba.

Kedua-dua hidangan itu diperkenalkan dalam dua pakej berlainan. Pakej khas pertama memuatkan piza shish kebab saiz 9, sate ayam pedas dan dua minuman ringan. Sesuai untuk pasangan, hidangan pakej khas pertama itu bernilai RM29.90 sahaja.

Jika anda berbuka dengan lebih daripada dua orang iaitu sehingga empat orang, anda boleh memilih untuk mencuba pakej khas kedua. Didatangkan dengan Piza Shish Kebab saiz 12, dua set sate ayam pedas dan empat minuman ringan, ia hanya berharga RM49.90.

Menurut Pengarah Operasi Papa Johns, Logan Erusia, piza tersebut menggunakan kepingan ayam yang kenyal disaluti sos salsa istimewa dan disudahi dengan bahagian atas keju mozzarella selain cili benggala hijau dan kentang potongan yang rangup.

“Kami memastikan semua bahan dan resipi yang digunakan tidak dibekukan tetapi segar dan menggunakan bahan-bahan semula jadi asli. Malahan, sate ayam juga dipanggang dan tiada yang digoreng bagi memastikan ia baik untuk kesihatan,” katanya.

Sebagai sos sampingan, Papa Johns yang mahu mengekalkan budaya negara asal piza Papa Johns dengan tidak menawarkan sos cili sebaliknya, menyediakan sos halia bersama keju dan sos tomato bagi melengkapkan hidangan.

Di Malaysia, Papa Johns dibuka di sembilan lokasi iaitu di Berjaya Times Square Kuala Lumpur, IOI Mall Puchong, Aeon Bukit Tinggi Klang, Sunway Pyramid Petaling Jaya, Aeon Bandaraya Melaka, Aeon Mahkotha Cheras, Aeon Equine Park Seri Kembangan, Tropicana City Mall Petaling Jaya, Jusco Alpha Angle Wangsa Maju dan Lucky Garden Bangsar.

Dengan tema Better Ingredients, Better Pizza, Papa Johns juga bersedia menawarkan sistem penghantaran di restoran terpilih dengan jarak 12 minit perjalanan dari restoran tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: