Wednesday, August 17, 2011

Set istimewa dari India Utara


RESTORAN Spice Of India menyediakan makanan India Utara eksklusif untuk Ramadan pada kali ini.


MENIKMATI makanan India Utara yang menggunakan rempah ratus premium dan terpilih bukan sahaja menambahkan cita rasa makanan bahkan kualitinya. Mengambil kira kedua-dua faktor tersebut, Spice of India menawarkan makanan India Utara dengan pakej istimewa Ramadan.

Jika anda mahu menikmati makan malam sempena bulan Ramadan dalam suasana mewah di lokasi-lokasi elegan sambil dihiburkan dengan muzik-muzik klasik India, Spice of India ialah jawapannya.

Sempena bulan Ramadan, Spice of India menawarkan beberapa resipi dalam tiga menu sama ada untuk dua orang, empat dan lapan orang masing-masing dalam menu A, B dan C.

Menu A set Ramadan, memperkenal set makanan untuk dua orang pada harga RM160. Menunya ialah papadam, nasi beriani, dhal tadka (dal) dan murgh makhanwala iaitu nuget ayam dalam sos tomato, krim dan mentega. Dalam set ini juga, pelanggan mendapat rogan josh kashmiri (kari kambing dengan masala kashmiri), bhendi masala (bendi masak rempah, bawang, daun ketumbar dan tomato) serta pencuci mulut aiskrim manga cara India.

Menu B set Ramadan Spice of India pula terdiri daripada papadam, shorba ayam (ayam dengan rempah dan herba) dan bhalji bawang (bawang yang digoreng dengan tepung khas) sebagai pembuka selera. Tidak cukup dengan itu, pelanggan dijamu dengan mutter pulao (nasi dengan kacang pea), tikka masala ayam (ayam tikka dengan rempah dan tomato), meen kolambu (kari ikan), aloo gobi (kentang dan kobis bunga dimasak dengan jintan dan rempah), pelbagai roti dan gulab jamun sebagai manisan.

Menu terakhir ialah menu C yang terdiri daripada pembuka selera, royal pakora iaitu ayam yang diperap dengan rempah dan dadih. Selain itu, pelanggan dijamu dengan papadam, nasi jeera (jintan), kacang pea dan cendawan, bhuna ghost (tulang kambing masak rempah) dan dhal palak (kacang paruppu dimasak dengan bayam, roti serta pencuci mulut, halwa lobak merah.

Menu B berharga RM300 untuk empat orang, manakala Menu C dijual pada harga RM520 untuk lapan orang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: