Wednesday, August 17, 2011

Seleksi oriental Tonka Bean


SUASANA tenang di Tonka Bean Cafe tidak memerlukan anda bersesak-sesak dan berebut makanan dengan pelanggan-pelanggan lain.


SEHINGGA 29 Ogos ini, Tonka Bean Cafe di Hotel Impiana KLCC turut menyambut kedatangan bulan Ramadan dengan pelbagai menu berbuka puasa.

Bufet berbuka puasa yang ditawarkan itu terdiri daripada makanan signatur Malaysia, buah-buahan tempatan termasuk durian dan pilihan 18 jenis aiskrim Baskin Robbins.

Antara makanan-makanan yang tersenarai dalam menu Tonka Bean Cafe di Impiana termasuklah rojak buah dan kerabu serta masakan Barat seperti ikan salmon gravalax dan tiram, barbeku kambing, nasi beriani, shawarma ayam, bubur lambuk dan ikan bakar.

Bagi variasi oriental pula Tonka Bean menyajikan nasi ayam, yong tau foo, nasi goreng Cina dan ketam masak cili.


Barbeku kambing ini memerlukan tiga hingga empat orang untuk menghabiskannya.


Untuk pencuci mulut, kuih-kuih Melayu iaitu kuih ketayap, dodol, wajik, onde-onde, seri muka dan manisan lain seperti kek, puding dan aiskrim turut ditawarkan.

Tonka Bean Cafe bukan sahaja menghidangkan makanan yang lazat, bahkan menghiburkan pengunjung dengan irama muzik untuk halwa telinga.

Sambil berbuka, pengunjung boleh dihiburkan dengan band muzik Strings Connection dan persembahan angklong daripada bintang Akademi Fantasia 6 (AF6), Toi.

Bagi memudahkan pelanggan, Tonka Bean Cafe menawarkan parkir percuma di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Untuk tempahan makan, sila hubungi 03- 2147 1111 sambungan 3034 atau 3035.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: