
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, kesedaran mengenai industri ini sudah meningkat ke tahap sehingga berjaya menarik minat syarikat luar negara untuk menceburi bidang ini.
“Mereka datang ke Malaysia untuk mempelajari kaedahnya dan mereka turut mengiktiraf keupayaan Malaysia dalam memberi sijil Halal dan sebagainya,” katanya selepas majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan warga tua di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, sebagai usahawan, industri Halal turut memberi keuntungan, bukan hanya di dunia, malah di akhirat.
Majlis amal anjuran Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) itu yang dihadiri lebih 500 tetamu, turut menghulur sumbangan berbentuk duit raya dan keperluan harian kepada lima rumah anak yatim dan sebuah rumah kebajikan warga tua hasil sumbangan daripada pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: