
Salwati Radzi, 40, yang memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan sejak lapan tahun lalu, mendapat tempahan 250,000 kuih daripada pelanggannya, terutama dari sekitar Pulau Pinang, Alor Setar dan Ipoh.
Salwati, yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi, melepaskan jawatannya untuk menumpukan sepenuh masa dalam bidang berkenaan.
Katanya, ia bukanlah satu tugas mudah untuk menyediakan sebanyak 250,000 biskut yang dipesan pelanggan, namun dengan bantuan 12 pembantu sambilan, pesanan itu dapat dipenuhi.
“Tahun lalu, kira-kira 150,000 tempahan biskut diterima dan Aidilfitri tahun ini, jumlah meningkat hampir sekali ganda. Oleh itu saya tekad mula menyediakannya sejak Julai, lalu” katanya.
Salwati berkata, dia tidak mempunyai bengkel khas, sebaliknya menggunakan tingkat bawah rumah teres dua tingkat yang didiaminya, untuk membuat biskut.
Tambahnya, sebagai sokongan terhadap :usahawan sepertinya, Lembaga Kemajuan Pembangunan Wilayah Kedah (Keda) membantu menyediakan meja tahan karat dan peti sejuk khas berharga RM10,000, dua tahun lalu.
Katanya, antara biskut yang dihasilkannya i:alah pecan nut roaster, strawberry almond bar, strawberry nutty berry cookies, delica sweet cookies, dan yang paling mendapat sambutan ramai ialah Kashmir delight cookies.
“Sehingga ini, tempahan untuk Kashmir delight sahaja sebanyak 70,000 biji, manakala jenis yang lain pula kira-kira 20,000 setiap jenis,” katanya.
Menurut Salwati, kebiasaannya kerja-kerja penyediaan biskut akan dihentikan 10 hari sebelum hari raya bagi menumpukan :perhatian terhadap penyediaa:n pelbagai jenis kek.
Katanya, kali ini dia akan menyediakan :lebih 200 biji kek yang telah ditempah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: