PADA zaman moden ini terutama di bandar, berbuka puasa secara bufet di hotel atau restoran merupakan trend yang tidak asing.
Khusus kepada warga Kuala Lumpur yang bimbang tidak sempat pulang ke rumah untuk berbuka puasa kerana terperangkap di tengah-tengah kesesakan lalu lintas apa kata, singgah sebentar di Hotel Equatorial Kuala Lumpur yang menyajikan sajian juadah berbuka puasa istimewa.
Pengurus Nipah Coffee Shop, Zainal Suat berkata, sepanjang bulan Ramadan ini, Nipah Coffee Shop, Hotel Equatorial Kuala Lumpur menyaji hidangan bufet aneka sajian tradisional yang terdiri daripada lebih 150 masakan ala kampung.
Hidangan bufet Ramadan yang disediakan pasti menambat selera sesiapa sahaja yang berkunjung ke restoran itu sepanjang bulan Ogos ini.
“Diketuai oleh Chef Azhar Alias bufet kali ini menawarkan hidangan tradisional Melayu dari negeri-negeri di Malaysia. Bagi memastikan rasa dan kualiti hidangan sentiasa konsisten dan menepati keaslian, hanya ramuan rempah ratus segar digunakan melalui resipi asli yang diwarisi turun-temurun,” katanya.
Menurut Zainal, sebanyak empat pilihan menu akan ditukar bersilih ganti setiap hari untuk memberi lebih pilihan kepada para pengunjung berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan.
Hidangan utama yang pasti menjadi tumpuan adalah kambing panggang guling. Selain itu, terdapat juga pelbagai hidangan yang enak dari negeri Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu.
Bufet yang disediakan berharga RM99.00++ untuk dewasa dan RM49.00++ untuk kanak-kanak.
Para pengunjung akan mendapat diskaun pada harga RM89++ untuk dewasa tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan menyertai pertandingan gambar foto keluarga bahagia apabila menghantar gambar keluarga yang menepati tiga kategori iaitu kreatif, jenaka dan tradisional bersama- sama dengan resit bufet aneka sajian tradisional di Nipah Coffee Shop.
Hadiah-hadiah menarik bernilai RM4,000 yang berupa baucar makanan di Hotel Equatorial Kuala Lumpur, wang tunai bernilai RM500 dan penginapan hotel di semua cawangan Hotel Equatorial yang ada di negara ini.
Untuk tempahan, sila hubungi 03-2161 7777 sambungan 8555 (Nipah Coffee Shop) atau 8205 (Jabatan Jualan Banquet).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: