|
| RENDANG daging antara sajian istimewa di Hotel Premiere. |
BAGI memeriahkan lagi suasana bulan Ramadan ini, Hotel Premiere yang terletak di Bandar Bukit Tinggi, Klang, menawarkan pakej berbuka puasa istimewa kepada semua pelanggan sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Dengan bertemakan Selera Kampung juadah yang disediakan oleh Hotel Premiere menyajikan 150 jenis makanan cita rasa kampung yang menjadi kegemaran tradisi masyarakat di Islam di negara ini.
Selain itu, pelanggan juga dapat melihat sendiri beberapa masakan dimasak oleh chef melalui satu sudut khas yang disediakan pihak hotel.
Sebanyak lima menu disediakan hotel dalam bufet Ramadan tahun ini setiap hari sepanjang bulan puasa.
Sementara itu, Ketua Chef, Mohd. Rosnan Jaraih berkesempatan mengetengahkan beberapa jenis menu baru seperti sup daging rusa sebagai tarikan utama bufet Ramadan tahun ini.
"Selain menyediakan menu kambing panggang dan bubur lambuk, saya juga menyediakan menu baru khas untuk pelanggan yang mengunjungi hotel ini.
"Sebanyak 10 jenis kerabu dan pencuci mulut seperti serawa durian, lepat pisang, onde-onde dan lain juga dalam senarai hidangan. Selain itu, makanan Barat seperti chicken chop, piza, sup cendawan dan salad juga disediakan," kata Mohd. Rosnan.
Promosi berbuka puasa itu berlangsung setiap hari sepanjang bulan Ramadan dari pukul 7 malam hingga 10.30 malam pada kadar harga RM80 untuk dewasa. Kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun dikenakan separuh harga dan bagi warga emas yang berumur 55 tahun ke atas dikenakan bayaran RM60.
Bagi pemegang kad kredit American Express dan Maybank sempena Ramadan akan menikmati harga promosi bufet Ramadan pada bayaran RM60.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi Hotel Premiere di talian 03-3325 6844 / 6988 atau e-mel kepada fnb@premiere-hotels.com.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: