Tuesday, August 16, 2011

PZS agih wang zakat


ZAKAT... Sakaran Dandai (dua kiri) menyampaikan sumbangan zakat PZS kepada salah seorang penerima di Semporna, Sabah, baru-baru ini.


YANG Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Tun Sakaran Dandai menyampaikan sumbangan zakat Pusat Zakat Sabah (PZS) pada majlis berbuka puasa UMNO Zon 6 di perkarangan Masjid Ar-Rahman, Semporna baru-baru ini.

Majlis anjuran UMNO Zon 6 dan UMNO Bahagian Semporna selaku tuan rumah itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Majlis yang penuh harmoni dan mesra itu dihadiri lebih 5,000 masyarakat Islam dan diserikan dengan ceramah agama oleh Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Farid Ravi Abdullah.

Seterusnya, beliau mengimamkan solat Isyak dan tarawih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: