Tuesday, August 16, 2011

Permintaan susu meningkat



Perkembangan kelas pertengahan, terutamanya di negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin, dijangka merangsang permintaan untuk susu dan produk tenusu cecair (LDP) yang lain, sebanyak 30 peratus kepada 350 bilion liter pada 2020 daripada 270 bilion liter tahun lalu.

Menurut Indeks Tenusu Tetra Pak, permintaan bagi LDP akan meningkat di setiap rantau dalam dunia kecuali Eropah Barat yang merupakan pengguna susu per-kapita tertinggi di dunia.

Tetra Pak merupakan syarikat pemprosesan dan pembungkusan makanan utama dunia.

Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Produk Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd, John Jose berkata, perkembangan pesat penggunaan tenusu cecair mencerminkan peralihan perkembangan dalam kuasa ekonomi dari Barat ke Timur.

Menurutnya, kemunculan kelas pertengahan merangsang permintaan untuk produk sihat dan dibungkus di pasar raya dan kedai serbaneka dari Shanghai hingga Mumbai.

“Secara khususnya, pertumbuhan penduduk yang berterusan di India merupakan pengguna susu terbesar dunia dan peningkatan populariti susu dan LDP di China.

“Maknanya, menjelang akhir dekad ini, kedua-dua negara itu akan menguasai lebih satu pertiga jumlah penggunaan LDP dunia dengan rantau Asia Pasific menggunakan lebih daripada bahagian lain dalam dunia,” katanya.

Penggunaan LDP Asia Pasifik akan meningkat sebanyak hampir 45 peratus daripada di bawah 140 bilion liter pada 2010 kepada hampir 200 bilion liter menjelang 2020.

“Malah, jumlah pasaran global Asia Pasifik akan meningkat sekurang-kurangnya lima mata peratusan antara 2010 dan 2020 kepada lebih 55 peratus,” katanya.

Pengurus Pemasaran Tetra Pak (Malaysia), Noer Wellington berkata, penggunaan LDP konsisten di Malaysia, dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak tiga peratus mulai 2008 hingga 2010.

“Faktor utama yang membawa kepada pertumbuhan penggunaan LDP di Malaysia mencerminkan trend global.

“Tetra Pak meninjau pertumbuhan sama sebanyak dua hingga tiga peratus sehingga 2014 di Malaysia,” katanya.

Wellington berkata, dengan peningkatan urbanisasi dan peningkatan kelas pertengahan, kemudahan menjadi faktor utama bagi pengguna untuk beralih :kepada produk LDP sedia diminum.

Menurutnya, produk LDP sedia diminum: dipasarkan di Malaysia mencatatkan: CAGR sebanyak tujuh peratus :daripada 2008 hingga 2010.

“Bagi pasaran Malaysia Tetra Pak mengeluarkan kira-kira 400 juta pek dalam pelbagai saiz dan dijangka berkembang :sebanyak 10 peratus,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: