
Sistem baru itu dibina bagi memberi faedah tambahan kepada pelanggan termasuk penjimatan kos lebih besar, kemudahan, keselamatan dan fleksibiliti.
Timbalan Presiden merangkap Ketua Perbankan Borong Global (GWB) Maybank, Abdul Farid Alias berkata, pelancaran perkhidmatan eDividen dipertingkatkan itu adalah peristiwa penting dalam sistem pengurusan tunai dalam talian Maybank, Maybank2e.net.
“Perkhidmatan ini menggabungkan pelbagai ciri kelas terbaik termasuk pengeluaran laporan automatik, pemberitahuan e-mel dan SMS serta keperluan: masa tunggu terpendek, dua hari sebelum tarikh pembayaran untuk fail dimuat naik,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Besar (Operasi) LHDN, Mohd Sait Ahmad; Ketua Pengurusan Kaunter Operasi Pasaran Gedung Bursa, Zailan Azhar Baharin; Pengarah Urusan, Ketua Perbankan Transaksi GWB Maybank, John Wong Tze Yow dan Ketua Pengurusan Tunai Maybank, Loo Eng Hock.
Abdul Farid berkata, Maybank adalah yang pertama menjalin kerjasama dengan LHDN dalam proses pencukaian dividen automatik, tanpa perlu salinan cetak baucar cukai.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: