Sunday, August 14, 2011

Osaka destinasi baru AirAsia X



AirAsia X, syarikat penerbangan jarak jauh dan tambang murah AirAsia, mengumumkan perkhidmatannya ke Osaka, destinasi kedua di Jepun selepas Tokyo, mulai 30 November depan.

Laluan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Osaka adalah destinasi penerbangan syarikat itu yang ke-16 setakat ini.

AirAsia X memulakan penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka dengan empat perkhidmatan mingguan tanpa henti.

Perkhidmatan Osaka akan menggunakan pesawat Airbus A330-300 dengan konfigurasi 12 kelas tidur premium dan 365 tempat duduk ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman Rani berkata, perkhidmatan Osaka menandakan penglibatan kedua AirAsia X dalam pasaran Jepun.

“Dengan hanya kurang satu tahun sejak memulakan perkhidmatan penerbangan ke Tokyo pada Disember 2010, kami gembira dapat menambah satu lagi penerbangan ke salah satu hab ekonomi dan komersial Jepun dalam mengembangkan lagi jaringan antarabangsa kami.” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: