Sunday, August 14, 2011
Malaysia import terbesar Indonesia
Import produk makanan dan minuman yang diproses ke Indonesia meningkat 15.66 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, dan produk Malaysia menyumbang jumlah terbesar.
Setiausaha Agung Gabungan Pengusaha Makanan dan Minuman Olahan Seluruh Indonesia (Gapmmi), Franky Sibarani berkata, import makanan dan minuman dari Malaysia menyumbang 24.7 peratus, diikuti China (12.9 peratus), Thailand (10.2 peratus) dan Singapura (7.9 peratus).
“Sepanjang Januari hingga Julai lalu, nilai import makanan dan minuman dari Malaysia mencecah ASD33.85 juta, melonjak 65.56 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, yang bernilai ASD20.44 juta,” katanya dalam laporan akhbar harian Media Indonesia.
Data Gapmmi juga menunjukkan berlakunya lonjakan import makanan dan minuman melalui Pelabuhan Dumai, di Riau selain di Pelabuhan Tanjung Periok di Jakarta, Pelabuhan Tanjung Perak di Surabaya dan Pelabuhan Belawan di Medan.
Import didapati menurun melalui pintu masuk lain seperti di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya yang turun 95 peratus, Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali (turun 47 peratus), Pelabuhan Soekarno-Hatta, Makassar (turun 60 peratus) serta di Pelabuhan Tanjung Emas, Semarang (turun 12.19 peratus).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: