Saturday, August 20, 2011

Oh! Putera Harry



Setelah kisah cinta Putera William bersama Kate Middleton dimeterai dengan ikatan perkahwinan, kini giliran adiknya pula, Putera Harry, menjadi perhatian.

Seperti abangnya, pewaris ketiga kepada takhta Britain, masih tidak terlepas daripada dihimpit kontroversi yang mengaitkan dia dengan ramai wanita.

Hubungannya dengan model pakaian dalam, Florence Brudenell-Bruce, paling mengejutkan ramai kerana cuma bertahan selama dua bulan.

Putera yang berusia 26 tahun ini, dikatakan mula menjalinkan hubungan dengan Florence, sejak Jun lalu.

Mereka bermula sebagai rakan biasa beberapa tahun sebelum menjalinkan hubungan serius. Itu pun setelah, Harry, mengesahkan hubungannya dengan Chelsy Davy, sudah berakhir.

Sifat Florence yang periang serta memiliki wajah jelita, antara faktor membuatkan Putera Harry mula jatuh cinta terhadap gadis berusia 25 tahun itu.

Harry dan Florence dilaporkan sering menghabiskan masa bersama di rumah gadis itu yang bernilai 2.5 juta paun (RM12.5 juta) di Notting Hill, barat London sejak beberapa bulan lalu.

Tidak seperti hubungannya lalu, percintaan Harry dan Florence, direstui ahli keluarganya, bahkan keseluruhan masyarakat sekalipun.

Namun entah di mana silapnya, hubungan mereka terhenti di tengah jalan. Harry secara rasminya, mengesahkan perkara itu menerusi Daily Mail, pada 16 Ogos lalu.

Menurut Harry, dia terpaksa memutuskan hubungannya dengan bekas kekasih Jenson Bunton itu, bagi memberi laluan terhadap tugas negaranya bersama Tentera Udara Britain.

Malah dia tidak mahu terikat dengan mana-mana hubungan serius setakat ini.

Tidak pandai hargai pasangan

Mengimbau kisah cintanya dengan, Chelsy Davy, yang merupakan anak jutawan di Zimbabwe, mereka mula berkenalan pada awal tahun 2004. Tidak seperti hubungannya dengan Florance, percintaan mereka bertahan sehingga lima tahun, sebelum berpisah pada Januari 2009.

Mereka dikatakan berpisah, selepas bercuti dari Mauritius.

Walaupun punca perpisahan mereka tidak jelas, namun sumber mengatakan ia adalah keputusan Davy yang tidak sanggup meneruskan hubungan dengan Harry.

Sebelum ini, mereka pernah dilaporkan berpisah seketika pada tahun 2007, ekoran Harry tidak menghadiri majlis hari jadi Davy yang ke-22, kerana menonton perlawanan final ragbi di Paris.

Ramai menganggap, sikap Harry yang kurang menghargai pasangan menjadikan punca kegagalan cintanya.

Pernah bercinta dengan janda

Harry pernah mencetuskan kontroversi, apabila menjalinkan hubungan dengan janda yang 13 tahun lebih tua daripadanya. Hubungan berlangsung sekitar Disember tahun lalu itu, mengundang kemarahan keluarga diraja Britain.

Dia dikhabarkan kemaruk bercinta, sanggup menghantar pemandu dan limosin eksklusif untuk menjemput, Catherine Davies yang berusia 34 tahun itu, bertemu di tempat sulit.

Keakraban mereka bermula di tempat kerja dan merupakan majikannya. Dari situ mereka sering berkongsi cerita dan pengalaman.

Malah, Catherine juga sering menunjukkan mesej pesanan ringkas dihantar Harry kepada pengasuhnya, Monica Herrero, 24.

Apabila percintaan mereka diketahui ramai, hubungan tersebut mendapat tentangan daripada keluarga dan masyarakat.

Akhirnya mereka memutuskan hubungan dan membawa haluan masing-masing. Tidak lama selepas itu, Catherine dilaporkan berkahwin dengan jejaka pilihannya dan pernah muncul dalam siri realiti televisyen, Real Housewives of DC.

Menerusi program itu, Catherine, turut menceritakan beberapa kisah istimewanya sepanjang menjalinkan hubungan dengan Harry.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: