|
| Dekorasi gerai makanan yang menarik. |
HIASAN dekorasi dengan hidangan pelbagai jenis masakan terdiri daripada masakan pantai timur, masakan negeri Melaka dan masakan Negeri Sembilan dan lauk pauk kenduri menjadi taruhan terbaik De Palma Shah Alam, Selangor.
Susun atur yang menarik mengambil kira faktor kesesakan semasa mengambil makanan menjadikan ruang hidangan makanan begitu nampak luas dan selesa di samping pelbagai jenis masakan goreng seperti char kway teow, murtabak, bulgogi, kambing panggang, ikan bakar turut terhidang untuk anda. Tidak ketinggalan, pencuci mulut dengan pilihan yang lengkap di samping pelbagai jenis buah tamar untuk majlis berbuka.
Jenis masakan yang diketengahkan telah mengambil kira berbagai faktor berdasarkan kepadatan penduduk yang menetap di kawasan Shah Alam, Selangor.
Berbeza dengan tahun sebelum ini, penganjur One Stop Wedding Centre De Palma diketuai perancang perkahwinan dan majlis profesional, Hussain Salleh telah membawa masuk sekumpulan nasyid terkenal tanah air bagi menghiburkan para tetamu.
Penampilan Jay Jay buat julung kalinya diadakan bakal memberi sedikit nilai tambah dalam perbelanjaan majlis berbuka puasa De Palma.
Berpegang pada konsep syariah, De Palma turut menjemput kumpulan tafiz untuk bertadarus di surau dan solat lima waktu di samping tarawih bersama jemah yang hadir.
Pendek kata, berbuka dan menginap di hotel De Palma Shah Alam sepanjang bulan puasa ini bakal memberikan satu kenangan bermakna untuk tetamunya.
Sebagai hotel yang mempunyai tauliah hidangan halal daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), ia menjadikan dewan besar De Palma sebagai pilihan utama pelangan baik untuk majlis tertutup atau persendirian.
Dengan hanya RM55 untuk dewasa dan RM25 kanak-kanak, hotel itu menyediakan makanan yang nikmat, persembahan yang menarik dan kemudahan solat. Untuk makluman lanjut, hubungi 03-55428080.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: