Friday, August 19, 2011

Memori Lebaran Suria KLCC


JULIANA menyuapkan makanan kepada salah seorang anak rumah perlindungan yang di bawah perhatiannya sempena program seharian itu.


DALAM kesibukan masyarakat membeli-belah sempena menyambut kehadiran Syawal tidak lama lagi, komitmen sosial seperti sumbangan kepada anak-anak kurang bernasib baik juga perlu diberi perhatian.

Perayaan sepatutnya membawa erti penyatuan dan perkongsian sesama manusia, iaitu masing-masing perlu diberi peluang untuk merasai keseronokan berhari raya.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brian menjelaskan, majlis yang dianjurkan itu merupakan tradisi syarikat mereka setiap tahun yang bertujuan memberi kegembiraan kepada golongan memerlukan.

“Ia bukan hanya acara untuk menyambut Aidilfitri malah mendidik orang ramai dan kakitangan kami sendiri agar menghayati erti sebenar bulan Ramadan.

“Adakala kita alpa dengan kesenangan yang dimiliki hingga kebajikan golongan seperti mereka terabai begitu sahaja,” ujar Andrew dalam ucapan perasmian promosi Memori Lebaran Suria KLCC.

Menyelak lembaran promosi yang diuar-uarkan itu, Andrew memberitahu, pengunjung yang membelanjakan RM150 ke atas di Suria KLCC akan menerima satu pek sampul duit raya manakala mereka yang berbelanja RM500 ke atas pula akan diberi satu pinggan porselin keluaran khas hari raya.

Promosi yang berjalan bermula 5 Ogos lalu akan berterusan sehingga 4 September nanti. Mereka yang membelanjakan RM3,000 ke atas pada hari Sabtu dan Ahad akan menerima satu botol minyak wangi jenama CK One secara percuma.

Berita baik untuk pemegang kad kredit CIMB kerana pelbagai ganjaran menanti anda apabila berbelanja di Suria KLCC dengan amaun perbelanjaan RM3,000 ke atas.

Sambil membeli-belah, pengunjung Suria KLCC juga akan dapat merasakan sendiri suasana hari raya dengan hiasan rumah kampung di tengah-tengah aras bawah bangunan itu selain lampu-lampu berwarna-warni yang pastinya melahirkan keterujaan untuk sesi fotografi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: