Jika diselak helaian diari hidup aktres jelita ini sejak tiga tahun lalu, mungkin akan tersingkap pelbagai cerita suka, duka, pahit, manis dilaluinya sepanjang tempoh itu.
Berdepan dengan kes ditangkap khalwat dengan aktor terkenal Norman Hakim yang kini tunangannya, dia kemudian dituduh perampas serta meruntuhkan mahligai bahagia Norman bersama Abby Abadi. Tidak cukup dengan itu, dia dilabel pelakon muda bermasalah dan semua itu terpaksa ditelan satu persatu.
Namun, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi menyifatkan setiap kontroversi yang hadir dalam hidupnya adalah satu pengajaran yang mendewasakannya.
Enggan melihat kisah negatif sebagai satu publisiti, sebaliknya dramatis berumur 23 tahun ini percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.
Menurutnya, memang isu itu meninggalkan kesan mendalam, namun ia tidak membuatkannya jatuh dan lumpuh.
“Saya gagahkan diri untuk mengharunginya dan Alhamdulillah keluarga, teman dan abang Norman sendiri sentiasa berdiri di belakang saya.
“Lihat sahaja pada aspek positif, saya kini lebih kuat dan matang. Tidak mudah jatuh dan semua itu membentuk peribadi saya agar lebih kuat,” katanya kepada Zass.
Meskipun kedengaran suara-suara yang tidak berpuas hati dengannya, namun Memey tidak menjadikan semua itu sebagai suatu masalah buat dirinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: