USAIN BOLT
KEJUARAAN Olah�raga Dunia bakal berlangsung di Daegu, Korea Selatan bermula Sabtu ini. Kehadiran 10 atlet ini dijangka mencuri tumpuan dalam kejohanan itu.
USAIN BOLT
Juara dunia dan Olimpik serta pemegang rekod dunia dalam acara 100 dan 200 meter benar-benar melonjakkan nama sukan ini.
Dilahirkan sebagai seorang penghibur di trek, kepantasan pelari Jamaica itu menjadikannya antara atlet terkenal dunia, manakala sikapnya yang sederhana dan suka berjenaka menjadikannya antara yang diminati ramai.
CHRISTOPHE LEMAITRE
Atlet berusia 21 tahun dari Perancis memena�ngi pingat emas bagi acara 100m, 200m dan 4x100m dalam Kejuaraan Eropah di Barcelona tahun lalu.
Sebagai lelaki kulit putih pertama memecahkan rekod bawah 10 saat bagi acara 100m, Lemaitre berjaya memperbaiki catatan peribadinya kepada 9.92s, bermakna kedudukan podium berada dalam jangkauannya.
KIRANI JAMES
Atlet berusia 18 tahun dari Grenada mencatat 44.61s, iaitu catatan terpantas dunia direkodkan tahun ini, menerusi penampilan sulungnya sebagai atlet profesional dalam Grand Prix London di Crystal Palace awal bulan ini, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pencabar pingat emas dalam acara 400m.
Begitupun, masih belum diketahui sama ada dia mampu menerima tekanan dalam kejohanan utama.
LASHAWN MERRITT
Juara dunia dan Olimpik bagi acara 400m bakal menjadi antara peserta kontroversi di Daegu selepas penggantungan selama 21 bulan berakhir tepat sebelum menyertai kejohanan itu.
Dia digantung kerana me��ng�ambil steroid terlarang yang terkandung dalam produk perangsang yang dibelinya.
Dia mencatat 44.74s dalam kejohanan di Stockholm baru-baru ini, membayang�kan dia bakal menjadi pencabar.
DAVID RUDISHA
Atlet Kenya berusia 22 tahun itu memecahkan rekod acara 800m dua kali dalam tempoh lapan hari tahun lalu, menjulangnya sebagai wira Maasai di tanah kelahirannya.
Mara ke separuh akhir dua tahun lalu, Rudisha menjadi pilihan untuk memenangi pingat emas kejuaraan dunia buat kali pertama.
MO FARAH
Atlet London kelahiran Somalia ini adalah juara acara 5,000 dan 10,000m, tetapi meraih status bertaraf dunia sebaik berpindah ke Portland, Oregon, awal tahun ini untuk berlatih di bawah bimbingan jurulatih legenda larian jarak jauh, Alberto Salazar.
Atlet berusia 28 tahun itu mencatat rekod baru Eropah dalam acara 10,000m, Jun lalu dan memecahkan rekod 5,000m di Britain pada bulan berikutnya.
DAVID OLIVER
Atlet bertubuh sasa dari Amerika Syarikat ini adalah lelaki terpantas dunia dalam acara 110m lari berpagar meskipun, rekod kemenangan 20 perlumbaan yang dipegangnya lebur di tangan Liu Xiang, Mei lalu.
Pertarungannya dengan pemegang rekod dunia dan juara Olimpik, Dayron Robles dan juara Olimpik 2004, Liu dijangka menjadi tumpuan dalam kejuaraan ini.
ALLYSON FELIX
Pelari pecut ini bukan saja meraih gelaran dunia acara 200m sebanyak tiga kali tetapi juga antara atlet terbaik dunia dalam acara 400m dan dijangka menjulang kejayaan berganda di Daegu.
Allyson, 25, mungkin meraih empat pingat emas jika Amerika Syarikat menang dalam acara lari berganti-ganti, juga bakal menjadi atlet wanita pertama dalam sejarah menjuarai acara 200m dan 400m dalam Kejuaraan Dunia.
YELENA ISINBAYEVA
Juara berganda dunia dan Olimpik serta pemegang rekod dunia ini mara ke Daegu dengan misi merampas mahkota�nya sebagai ratu lompat bergalah.
Atlet Russia berusia 29 tahun itu berehat selama setahun selepas gagal mencatat rekod di Kejuaraan Dunia di Berlin dua tahun lalu dan hanya menduduki tempat keempat di Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Doha, tahun lalu.
JESSICA ENNIS
Olahragawati pujaan Britain dan wajah Sukan Olimpik 2012 berada di kelas tersendiri dalam acara heptatlon.
Bertubuh kecil tetapi cukup kompetitif, atlet berusia 25 tahun itu gagal digugat dalam pertandingan tujuh acara selepas pulih daripada keretakan tulang kaki yang meng�halangnya bertanding di Sukan Olimpik Beijing 2008.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: