
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Bahagian Kad, Kekayaan dan Pembayaran Maybank, B Ravintharan berkata, ekspo kali ketujuh itu, menyaksikan jumlah penebusan mata ganjaran meningkat lebih 30 peratus kepada 1.05 bilion berbanding hanya 798,000 mata ditebus pada penganjuran sama tahun lalu.
“Maybank TreatsFair 2011 mendapat maklum balas menggalakkan daripada pelanggan dan ini membuktikan program ini semakin popular di kalangan pemegang kad Maybank, sambutan diberikan ini lebih hebat daripada apa yang kami sasarkan,” katanya.
Menurutnya, penganjuran TreatsFair 2011 bukan sahaja berjaya menarik lebih ramai pengunjung dan meningkat 25 peratus berbanding tahun lalu.
Sepanjang acara itu juga, lebih 1,500 kad baru didaftarkan meningkat kepada 48 peratus dan 1,502 penukaran kad Visa debit baru diterima, naik sebanyak 87 peratus.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: