Tuesday, August 23, 2011

Mamee Syukuri Ramadhan bersama anak yatim dan artis

Bersempena bulan Ramadhan dan hari raya yang hampir tiba, produk Mamee tidak lupa melakukan tanggungjawab sosialnya terhadap orang yang kurang bernasib baik dengan menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim daripada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).
Seramai 55 orang anak-anak RACTAR dan juga kaki tangannya diraikan dan dihiburkan dalam majlis yang diberinama Syukuri Ramadhan ini.
Selain daripada menyediakan juadah berbuka puasa, Mamee juga turut menjemput beberapa artis popular untuk memeriahkan lagi majlis penuh makna ini.
Antara artis yang sudi meluangkan masa mereka adalah seperti Atilia, Loque, Ajai, Ana Raffali, Raihan, Aisya Hasnaa, Alvin Anthons, Qalisha dan pengacara sensasi, Didie Alias.
"Kami amat berbesar hati apabila pihak RACTAR sudi menerima lamaran kami bagi mengadakan majlis berbuka puasa ini bersama-sama mereka di rumah RACTAR.
""Sebenarnya, kami sengaja memilih untuk membuat majlis ini di kediaman mereka kerana mahu tetamu yang hadir merasai sendiri suasana tempat tinggal mereka.
"Jika diadakan di hotel, pasti kita sendiri tidak dapat melihat sendiri kegiatan mereka sebelum berbuka dan cara kehidupan mereka di bulan puasa ini,"jelas Cheok Ching Hon selaku Pengurus Pemasaran, Mamee-Double Decker (M) Berhad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: