Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, menurut vokalis kumpulan Hujan, Noh, dia kini merasai kebahagiaan yang sebelum ini belum pernah dikecapinya. Mengakui keadaan dirinya lebih terurus sekarang ini, jelas Noh, isterinya penyanyi popular, Mizz Nina masih menguruskan segala hal rumah tangga biarpun dia kini sedang sibuk merangka album terbarunya. "Memang seronok kerana setiap hari makan dan pakaian saya teratur, Nina kini juga sudah mula memasak sendiri masakan sahur dan berbuka, jadi itu sebenarnya paling berharga. "Walaupun dia banyak berjaga-jaga dalam memasak kerana bimbang tak menjadi, namun setakat ini ia tidak mengecewakan. Saya tetap berpuas hati kerana berbanding semaktu bujang dulu, saya biasanya hanya makan mee segera sahaja sewaktu sahur. "Bila dah berumah tangga ni, banyak perubahan yang dapat saya rasakan. Kalau sebelum ni, Nina banyak membebel, tapi sekarang saya rasa, ia dah beralih pada saya, pantang saja ada masalah, saya jadi cepat membebel dan dia pun perasan perubahan ni,"jelas Noh. Bercerita tentang persiapan raya, jelas Noh dia dan Nina masih belum merancang untuk membeli pakaian baru dihari raya nanti. "Setakat ini masih belum buat apa-apa persediaan, sebab masing-masing sibuk. Kami memang terlalu sibuk sekarang ini sampaikan mahu mengemas pakaian perkahwinan tempoh hari pun masih belum terbuat lagi. "Kami akan sambut hari raya pertama di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, dan selepas itu kami akan berangkat pulang ke rumah saya di Sarawak untuk beraya disana pula,"luahnya. Disisi kerjaya pula, jelas Noh dia dan Hujan masih merangka strategi untuk mengadakan konsert jelajah, namun usaha itu masih terlalu awal untuk diceritakan kepada umum. "Mungkin ada siri jelajah Hujan selepas raya nanti, tapi masih terlalu awal dan masih belum ada lokasi strategik untuk di maklumkan kerana masih belum sahih lagi,"jelas Noh. Pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang isteri, menurut vokalis kumpulan Hujan, Noh, dia kini merasai kebahagiaan yang sebelum ini belum pernah dikecapinya. Mengakui keadaan dirinya lebih terurus sekarang ini, jelas Noh, isterinya penyanyi popular, Mizz Nina masih menguruskan segala hal rumah tangga biarpun dia kini sedang sibuk merangka album terbarunya. "Memang seronok kerana setiap hari makan dan pakaian saya teratur, Nina kini juga sudah mula memasak sendiri masakan sahur dan berbuka, jadi itu sebenarnya paling berharga. "Walaupun dia banyak berjaga-jaga dalam memasak kerana bimbang tak menjadi, namun setakat ini ia tidak mengecewakan. Saya tetap berpuas hati kerana berbanding semaktu bujang dulu, saya biasanya hanya makan mee segera sahaja sewaktu sahur. "Bila dah berumah tangga ni, banyak perubahan yang dapat saya rasakan. Kalau sebelum ni, Nina banyak membebel, tapi sekarang saya rasa, ia dah beralih pada saya, pantang saja ada masalah, saya jadi cepat membebel dan dia pun perasan perubahan ni,"jelas Noh. Bercerita tentang persiapan raya, jelas Noh dia dan Nina masih belum merancang untuk membeli pakaian baru dihari raya nanti. "Setakat ini masih belum buat apa-apa persediaan, sebab masing-masing sibuk. Kami memang terlalu sibuk sekarang ini sampaikan mahu mengemas pakaian perkahwinan tempoh hari pun masih belum terbuat lagi. "Kami akan sambut hari raya pertama di Kuala Lumpur pada sebelah pagi, dan selepas itu kami akan berangkat pulang ke rumah saya di Sarawak untuk beraya disana pula,"luahnya. Disisi kerjaya pula, jelas Noh dia dan Hujan masih merangka strategi untuk mengadakan konsert jelajah, namun usaha itu masih terlalu awal untuk diceritakan kepada umum. "Mungkin ada siri jelajah Hujan selepas raya nanti, tapi masih terlalu awal dan masih belum ada lokasi strategik untuk di maklumkan kerana masih belum sahih lagi,"jelas Noh. |
Monday, August 22, 2011
Lepas kahwin, Noh makin kuat membebel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: