Monday, August 22, 2011
King’s Confectionary difrancais
Bagi anda yang menggemari makanan sampingan seperti pastri, kek, muffin mahupun roti, pasti kedai roti King’s Confectionary Sdn Bhd sudah tidak asing lagi bagi penggemarnya.
Menawarkan pelbagai variasi makanan yang sememangnya enak dan memenuhi cita rasa masyarakat Malaysia, King’s Confectionary semakin mengukuhkan jenamanya dengan lebih 70 kedai di Semenanjung Malaysia.
Memulakan perniagaan perusahaan roti sejak tahun 1973, King’s Confectionary beroperasi dari Alor Setar hingga ke Johor Bahru dan telah memberikan perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan setiap tahun.
Dengan modal permulaan RM350,000 hingga RM400,000 termasuk untuk ubah suai dan pe-ralatan, King’s Confectionary mula membuka kedai dan kilangnya yang pertama di Kepong, Selangor.
Berjaya rekod nama
Ketua Pegawai Operasinya, Andy Phang berkata, jenama ini telah dikenali dan produknya dipercayai sejak lebih tiga abad lalu.
“Kami di King’s Confectionary berbesar hati dengan sokongan padu yang diberikan dari pasukan kami yang menjadi tulang belakang perniagaan ini dengan pengurusan yang lebih sistematik dari sehari ke sehari.
“Kami juga sentiasa mencabar diri kami untuk menghasilkan produk terbaru bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang semakin moden,” katanya.
Dalam pada itu, King’s Confectionary juga tidak ketinggalan menerapkan gaya dan nilai hidup sihat dengan menghasilkan produk yang kurang gula namun tinggi nilai seratnya.
Selain harga yang berpatutan, King’s Confectionary amat mementingkan kualiti produknya di mana keju dan mentega yang digunakan adalah diimport dari New Zealand dan Australia.
Kelebihan dan keistimewaan yang digunakan dalam menghasilkan produknya ini secara tidak langsung meletakkan jenama King’s Confectionary setaraf dengan produk yang dihasilkan di hotel.
Selain itu, King’s Confectionary juga turut mendapat pengiktirafan dan sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Analisis Bahaya dan Kawalan Titik Bahaya (HACCP).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: