|
| |
LOS ANGELES 17 Ogos – Penyanyi pop sensasi, Justin Bieber (gambar) muncul sebagai penghibur remaja terkaya di Hollywood dengan pendapatan berjumlah AS$53 juta (RM159 juta) pada tahun lepas.
Penyanyi berusia 17 tahun itu mengungguli senarai tahunan selebriti terkaya yang dikeluarkan majalah People, sekali gus mengatasi bintang siri drama Hannah Montana, Miley Cyrus dan kekasihnya, Selena Gomez.
Pendapatan penyanyi tersebut meningkat selepas tayangan filem 3D lakonannya, Never Say Never dan hasil jualan minyak wangi Someday.
Dalam pada itu, Cyrus, 18, memperoleh pendapatan berjumlah AS$48 juta (RM144 juta) manakala Gomez, 19, jauh ketinggalan dengan pendapatan sebanyak AS$5.5 juta (RM16.2 juta).
Anak-anak pelakon Will Smith, Jaden dan Willow memperoleh AS$9 juta (RM27 juta), manakala bintang Jonas Brothers, Nick Jonas meraih pendapatan sebanyak AS$12.5 juta (RM37.5 juta).
Sementara itu, Bieber menghabiskan sejumlah AS$25,000 (RM75,000) untuk membeli seutas kalung dan turut mereka cipta barangan kemas bercirikan batu delima 12 karat dan batu permata.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: