Wednesday, August 17, 2011

Ganjaran Genting tertinggi


KOK THAY menerima ganjaran tertinggi pada tahun 2010.


KUALA LUMPUR - Genting Bhd. (Genting) mendahului senarai pembayaran ganjaran yang tinggi kepada lembaganya pada tahun 2010 dengan nilai berjumlah RM111.48 juta naik 21 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Diikuti oleh IOI Corporation Bhd. (IOI) di tempat kedua, yang telah membuat pembayaran kepada para pengarahnya sebanyak RM56.29 juta iaitu pertambahan sebanyak 71 peratus berbanding tahun 2009.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan berhubung tinjauan tahunan yang bertajuk Pengarah Paling Tinggi Bayaran oleh Malaysian Business di sini semalam, syarikat senaraian awam kini membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada para pengarahnya pada tahun 2010 berbanding tahun sebelumnya.

Tinjauan itu melibatkan kaji selidik terhadap 630 syarikat yang memberikan ganjaran bernilai RM300,000 dan ke atas berdasarkan kepada laporan tahunan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai tinjauan berkenaan boleh didapati pada terbitan 16 Ogos majalah Malaysian Business.

Jelas kenyataan tersebut, daripada syarikat yang dikaji itu, hampir 270 pengarah syarikat telah membawa pulang lebih RM1 juta dalam bentuk ganjaran pada tahun 2010.

"Genting memberikan ganjaran tertinggi sekitar RM106.65 juta hingga RM106.7 juta kepada seorang pengarah yang tidak dinamakan, namun eksekutif yang disenaraikan dalam tinjauan tersebut ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Genting, Tan Sri Lim Kok Thay," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: