![]() |
| |
LOS ANGELES 2 Ogos - Aktres, Emma Stone lebih menyukai penampilan dan watak Spider-Man berbanding superhero lain seperti Batman dan Superman.
Stone, yang akan melakonkan watak kekasih baru Peter Parker dalam filem terbaru musim panas akan datang, The Amazing Spider-Man berkata, persiapan bagi melakonkan watak tersebut membuatkan dirinya lebih memahami rayuan romantik terhadap superhero tersebut.
Aktres berusia 22 tahun itu mengakui, dia tidak tahu mengenai Spider-Man sebelum menandatangani kontrak perjanjian untuk berlakon filem tersebut kerana sebelum ini dia hanya melakonkan watak yang berkonsepkan Halloween.
"Saya hanya tahu sedikit sahaja mengenainya dan terpaksa melakukan banyak kajian bagi memahami watak superhero komik Marvel itu dan sebelum ini, saya hanya menonton tiga sekuel filem tersebut.
"Spider-Man adalah seseorang yang anda boleh pergi ke sekolah dan bekerja bersama. Secara tiba-tiba, dia (Spider-Man) mampu untuk melawan penjahat. Ia sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sekarang saya memahaminya," kata aktres itu.
Walaupun Stone tidak banyak mengetahui tentang superhero tersebut, dia berjaya menyesuaikan diri dengan filem itu hasil bantuan pelakon Andrew Garfield yang memegang watak Peter Parker.
"Saya tidak tahu bagaimana hendak menjelaskannya. Dia (Andrew) berjaya membawa watak Peter Parker dengan baik dan saya amat serasi berlakon bersamanya," katanya ketika ditemubual Empire Online.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: