Thursday, August 18, 2011

ECERDC peruntuk dana RM10 juta

KERJASAMA...Nor Mohamed Yakcop (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara  Jebasingam (kiri) dan  Wan Mohd Fadzmi  di  Kuala Lumpur, semalam.
KERJASAMA...Nor Mohamed Yakcop (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Jebasingam (kiri) dan Wan Mohd Fadzmi di Kuala Lumpur, semalam.

MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) memperuntukkan dana khas sebanyak RM10 juta dikenali Dana Khas Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjadi antara inisiatif baru bagi meningkatkan Program Pembangunan Keusahawanan (EEDP) di wilayah itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jebasingam Issac John berkata, dana itu diperuntukkan bagi membantu usahawan wilayah terbabit mendapat pengurangan kadar faedah dari institusi kewangan.


“Peruntukan dana itu akan digunakan untuk menyerap perbezaan di antara kadar faedah bank komersial dan kadar faedah yang diberikan EEDP ECER.

“Inisiatif baru ini akan merangsang kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam mempromosikan usahawan PKS di negeri pantai timur yang akan digunakan untuk membantu usahawan menerusi aktiviti seperti latihan, penyelidikan dan pembangunan, pensijilan serta pemasaran dalam usaha meletakkan usahawan ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada Majlis Menandatangani Perjanjian dan Pertukaran Dokumen antara ECERDC, Sirim dan Agrobank Berhad di ibu negara, kelmarin.


Majlis itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Agrobank diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Mohd Fadzmi Wan Othman manakala Sirim diwakili Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.


Jebasingam berkata, pihaknya menyasar kira-kira 200 usahawan bagi tempoh dua tahun mendapat manfaat daripada dana terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: