Sunday, August 14, 2011

Demi cinta Melly


MELLY GOESLOW


SEPANJANG Ramadan ini, penyanyi dan komposer popular, Melly Goeslow sibuk dengan rangka promosi single terbaharunya yang bertajuk Demi Cinta. Lagu tersebut merupakan lagu runut bunyi bagi filem Di Bawah Lindungan Kaabah yang dinyanyikan sendiri oleh Melly.

“Jadi untuk Ramadan saya ada aktiviti merakamkan single yang saya nyanyikan sendiri,” ujar isteri komposer Anto Hoed ini.

Untuk lagu ini, Melly mengaku tak memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikannya.

“Cepat tapi saya lupa berapa hari. Kalau satu album saja selalunya saya ambil masa dua bulan. Kalau satu lagu dua atau tiga hari,” ujarnya yang terkenal dengan lagu-lagu nukilan buat Rossa dan Kris Dayanti.

Terang Melly, dia akan memberi keutamaan buat lagu runut bunyi dahulu berbanding pemprosesan album solonya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: