Sunday, August 21, 2011

Cantik di hari raya


FITRI dan murni duta Purity.


HARI Raya Aidilfitri yang datangnya cuma setahun sekali sudah semestinya disambut dengan penuh kemeriahan setelah sebulan berjaya menunaikan ibadah Ramadan.

Kelihatan jelita dan cantik menjadi kemestian untuk menyambut hari raya. Tidak kira muda ataupun tua, semuanya mahu tampil menawan di pagi Syawal, menziarah sanak saudara dan juga ke majlis rumah terbuka.

Sempena kehadiran Syawal, Sun Fabulous ada penyelesaiannya.

“Ramai yang mengetahui kolagen boleh dijadikan sebagai pengganti suntikan untuk kecantikan kulit dan kaedah ini bersesuaian bagi mereka yang mengidamkan kulit tegang, anjal serta cerah menawan. Kami di Sun Fabulous hadir dengan CollaB'utee terbaik terutamanya untuk golongan wanita kerana ia mengandungi komponen anti oksida dan Vitamin C yang mampu mengelakkan kulit menjadi kering, mengurangkan kedutan kulit dan menambahkan seri di wajah,” ujar Pengarah Pemasaran dan Perniagaan Antarabangsa Sun Fabulous, Izdihar Rosland.

Istimewanya kolagen ini kerana ia dapat memberi kesan seawal sepuluh hari dan amat sesuai untuk mereka yang inginkan perubahan di Aidilfitri.

Pembersih wajah

Selain kolagen, pembersih wajah, Purity turut membantu anda untuk lebih cantik di Aidilfitri.

Lazimnya, wanita akan bersolek untuk kelihatan cantik dan menawan. Bahkan golongan lelaki kini mahukan formula untuk mencantikkan kulit wajah mereka.

Dengan memakai Purity, anda yang bersolek tebal kini tidak perlu risau kerana ia mampu menghilangkan solekan anda serta merta.

“Selalunya selepas bekerja, agak sukar bagi saya menghilangkan solekan terutamanya ketika mahu berwuduk. Sebagai selebriti televisyen, saya akan memakai solekan yang agak tebal. Apabila mahu membasuh solekan, saya perlukan pencuci muka, penyegar dan pelembap bagi memastikan kulit anda segar dan kelihatan cantik berseri. Kini dengan adanya Purity, saya tidak perlu risau kerana ia mudah dilakukan dan senang dibawa ke mana sahaja,” ujar Murni.

Sementara itu, Fitri mengakui sebagai selebriti lelaki, dia perlu menjaga penampilan. Dengan adanya Purity yang mempunyai formulasi Switzerland, ia mampu menyelesaikan masalah perawatan mukanya.

“Ia adalah pembersih, penyegar dan pelembap wajah. Semuanya dalam satu. Produk yang kaya dengan Vitamin E ini bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita, tetapi untuk kaum lelaki bagi mendapatkan kulit yang anjal dan segar,” jelas Fitri.

Penjagaan kuku

Sebagai pelengkap kecantikan anda di Aidilfitri, Sun Fabulous turut mempunyai penjagaan kuku.

Menurut Izdihar, Sun Fabulous yakin penjagaan kuku merupakan aspek penting di dalam menampakkan diri anda lebih cantik dan menawan.

“Sesuai dengan sambutan Aidilfitri, permukaan kuku akan kelihatan bersinar dengan B-Shine keluaran Sun Fabulous.

Alat pengilat kuku ini hanya perlu digosok dan mampu meratakan permukaan kuku dan melancarkan perjalanan darah. B-Shine, mampu memberikan kilauan dan kilatan dan kesannya mampu bertahan selama 10 hari. Penjagaan kuku ini sesuai untuk Muslim sama ada lelaki dan wanita,” ujar Izdihar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: