Wednesday, August 24, 2011

Amal Ramadan warga Prolintas

YANG SAPUAN (kanan) memberikan sumbangan kepada ahli kariah Masjid Nurul Amin.


BULAN Ramadan semestinya bulan terbaik untuk setiap umat Islam membuat kebajikan dan menghulurkan bantuan kepada golongan yang lebih memerlukan. Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) melalui anak-anak syarikatnya turut mengambil keberkatan Ramadan untuk memenuhi tanggungjawab sosial mereka.

Tahun ini, Prolintas mengadakan pelbagai aktiviti kebajikan antaranya penyerahan komputer kepada Masjid Nurul Amin Kampung Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor dan lawatan ke Rumah Penjagaan Warga Tua Sri Tanjung Kampung Damai, Kuang, Selangor.

Ia dilakukan melalui syarikat Prolintas Expressway Sdn. Bhd. iaitu syarikat konsesi bagi Lebuh Raya Guthrie (GCE). Penyerahan sumbangan komputer kepada Masjid Nurul Amin itu turut disertai Pengurus Besar Prolintas Expressway, Ir. Yang Sapuan Hashim yang turut mengedarkan sebanyak 100 keping Touch n Go kepada penduduk.

Menurut Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Shahriz Ibrahim Sardar Mohamad, dalam kunjungan ke Rumah Penjagaan Warga Tua Sri Tanjung pula, Prolintas menyumbang barang-barang keperluan harian seperti makanan dan pakaian kepada penghuni rumah itu.

“Rumah Penjagaan Warga Tua Sri Tanjung menempatkan seramai 30 orang warga emas yang berumur dalam lingkungan 50 tahun hingga 100 tahun. Kakitangan yang mengikuti lawatan ini berpeluang untuk beramah mesra dengan penghuni rumah ini,” katanya.

Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), seramai 48 orang penghuni Asrama Darul Falah (Asdaf), Bukit Persekutuan dibawa membeli-belah pakaian dan kasut raya di pusat beli belah Jusco Wangsa Maju, baru-baru ini.


LEBIH 48 penghuni Asrama Darul Falah menerima baju raya baru tahun ini hasil sumbangan AKLEH.


Sementara itu, di bawah syarikat Projek Lintasan Kota Sdn. Bhd. sebagai pengendali Lebuh Raya Kanak-kanak yang yang berusia di antara sembilan hingga 17 tahun itu telah dibawa oleh sekumpulan petugas AKLEH dan Prolintas iaitu syarikat induk.

Rombongan AKLEH yang terdiri daripada jurutol, peronda dan bahagian pengurusan bersama-sama membantu anak-anak yatim memilih kelengkapan sekali gus merapatkan lagi ukhuwah sesama penghuni dan warga kerja.

Menurut Pengurus Besar AKLEH, Engku Mohd. Fauzi Engku Hatim, program itu adalah sebagai tanda keprihatinan AKLEH terhadap kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“AKLEH sentiasa berusaha keras untuk merapatkan hubungan dengan orang luar, justeru kedatangan Aidilfitri dilihat sebagai peluang terbaik untuk menzahirkan usaha ini,” ujarnya.

Dalam program selama setengah hari itu, kanak-kanak telah diceriakan dengan aktiviti membeli-belah kelengkapan Aidilfitri seperti baju dan kasut.

Dalam pada itu, Projek Lintasan Shah Alam Sdn. Bhd. (PLSASB), pengendali Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) baru-baru pula ini pula mengadakan majlis sumbangan Ramadan kepada tujuh buah masjid dan surau terpilih.

Majlis penyerahan sumbangan disampaikan oleh Ir. Rostam Shahrif Tami, Pengurus Besar PLSASB dengan lebih 70 orang menghadiri majlis tersebut yang terdiri daripada penerima sumbangan dan warga kerja PLSASB.

Sebanyak RM1,000 diagihkan kepada setiap masjid dan surau terpilih.

Selain itu, PLSASB turut menyertai program gotong-royong perdana Ayusutra Seksyen 24, Shah Alam baru-baru ini.

“Program ini adalah komitmen PLSASB dalam membentuk satu ikatan muhibah dengan masyarakat yang menyokong operasi LKSA selama ini.

“Kami sentiasa prihatin dan kehadapan untuk membantu masyarakat yang memerlukan”, tambah Rostam.

Seramai hampir 30 orang warga kerja PLSASB yang terdiri daripada bahagian pengurusan dan operasi seperti jurutol, peronda dan penyelia bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan perumahan Ayusutra.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: