
OJAI, California - Pelakon filem Legally Blonde, Reese Witherspoon, 35, berkahwin buat kali kedua kelmarin dengan ejen pencari bakat, Jim Toth dalam satu majlis tertutup di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Perkahwinan yang berlangsung di sebuah rumah di dalam sebuah ladang yang mempunyai keluasan 2.42 hektar yang bernilai $7 juta (RM21.19 juta) milik Witherspoon itu dihadiri seramai 120 orang tetamu.
Pelakon Renee Zellweger, Matthew McConaughey, Tobey Maguire, Robert Downey Jr. dan kaum keluarga terdekat serta sahabat-handai kedua-dua pasangan menghadiri majlis perkahwinan itu.
Pasangan pengantin tersebut meminta maaf kepada jiran-jirannya kerana majlis perkahwinan di rumah itu akan mencetuskan bunyi bising.
Witherspoon dan Toth mengikat tali pertunangan semasa musim cuti perayaan Krismas tahun lalu selepas mereka mula berkenalan pada Januari 2010.
Toth melamar Witherspoon dengan sebentuk cincin yang bertatah berlian Ashoka empat karat yang berharga $250,000 (RM756,874.98).
Ia merupakan perkahwinan pertama buat Toth tetapi kali kedua buat Witherspoon yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Ryan Phillippe, 36, selama lapan tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: