![]() |
| |
BINTANG komedi popular, Steve Martin telah membuat keputusan mahu bersara. Bagaimanapun, dia hanya akan bersara daripada dunia persembahan komedi pentas, tetapi dia akan meneruskan karier lakonannya.
Menurut pelawak yang popular menerusi filem Cheaper by the Dozen itu, alasannya untuk bersara disebabkan faktor usia. Sudah berusia 65 tahun, Steve juga adalah nama besar dunia pelawak pentas di Amerika Syarikat.
“Rasanya sudah tidak sesuai lagi untuk saya beraksi di pentas dan peluang seharusnya diberikan kepada pelawak muda. Malah, sudah lebih 30 tahun saya berada dalam bidang ini,” ujarnya.
Martin memulakan kariernya sebagai pelawak pada tahun 1970-an dan kemudian beralih kepada siaran televisyen. Kemudian, dia mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem Hollywood, namun masih tetap meneruskan kariernya membuat persembahan komedi pentas.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: