JAKARTA: Jutawan, Raul Lamos yang bakal berkahwin dengan Diva Pop Indonesia, Krisdayanti menafikan dakwaan dieklilingi hutang menjelang hari pernikahan pasangan ini.
Dia juga mengakui tidak mengenali lelaki bernama Atoi yang menuduhnya mempunyai sejumlah hutang di beberapa bank. Malah lelaki tersebut turut mengaku bahawa dirinya merupakan saudara terdekat bekas isteri Raul, Ata.
"Saya tidak dicari oleh mana-mana bank sekalipun. Saya tidak marah dengan tuduhan tidak berasas itu kerana untuk menangani dia (Atoi) bukanlah tahap saya," katanya tenang.
Raul yang ditemui di Roemah Penganten by Anee Avanti di Grand Indonesia, Jakarta Pusat kelihatan bahagia menjelang hari-hari bahagia mereka.
"Kami sedang melalui hari-hari bahagia untuk bernikah dan tidak sabar untul mendirikan rumah tangga dengan Kris," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: