![]() |
| Lily Allen |
LOS ANGELES - Selebriti popular, Lily Allen, 25, mengaku menderita masalah memuntahkan semula makanan demi memastikan tubuhnya kelihatan langsing semasa dia berada di zaman kemuncak popularitinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Smile itu berkata, dia menghadapi penyakit memuntahkan semula makanan sejak tahun 2009.
Menurut Lily, dia tidak pernah berasa gembira apabila menerima pujian bahawa dirinya kelihatan cantik kerana kelihatan kurus.
"Namun, saya tidak pernah berasa gembira. Benar, saya tidak gembira. Tidak dinafikan, saya ingin menjadi wanita paling kurus di dunia. Tetapi, saya tahu ia tidak boleh terus berlanjutan (memuntahkan makanan) kerana saya berasa kurang gembira, lebih-lebih lagi saya menyukai makanan," ujarnya.
Dia membuat pendedahan itu dalam satu program dokumentari di saluran Channel 4.
Menurut Lily, dia akan berdiet lagi dalam tempoh 25 tahun akan datang.
"Saya tidak mahu menjadi seperti Madonna," katanya yang merujuk kepada penyanyi dari Amerika Syarikat yang tubuhnya kelihatan kurus dan berotot.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: