
di Kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh semalam.
SUNGAI BULOH - Suasana muram yang sebelum ini menyelubungi nasib lima beranak di Kampung Paya Jaras Hilir di sini gara-gara kemiskinan kembali ceria apabila mereka menerima pelbagai bantuan semalam.
Selain rumah mereka dibersihkan dan dicat baru, keluarga Jasni Husah, 43, bekas pekerja kilang yang sebelum ini hilang pekerjaan setelah kaki kanannya dipotong akibat diabetes tiga tahun lalu juga menerima beberapa peralatan elektrik seperti mesin basuh, peti ais, dapur, katil dan tilam.
Kesemua barangan itu disumbangkan oleh Petronas dan Jaksa Pendamai (JP) Selangor manakala rumah Jasni pula dicat secara gotong-royong oleh sukarelawan JP dan ahli Kelab Motosikal Kunyit Bikers Kampung Melayu Subang, Ikatan Relawan Rakyat dan penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: