Tuesday, March 1, 2011

KD Mahu Tampil Sopan di Majlis Pernikahan

Persiapan pernikahan bintang popular Indonesia, Kris Dayanti kini sudah berada di tahap yang terakhir.
Memilih untuk menggayakan busana yang lebih tertutup dan sopan, jelas pereka fesyennya, Anne Avantie dalam satu kenyataan media di Indonesia, Kris Dayanti hanya mahu kelihatan sederhana sahaja di majlis pernikahannya nanti.
"Permintaan Yanti (Kris Dayanti), dia mahu pakaian yang tertutup dan tidak mahu terlalu mencolok, sarat dan baju yang mempunyai leher yang tinggi.
"Ini kerana, Yanti tidak mahu dilihat seperti sedang menjayakan konsert di atas pentas,dan jika boleh dia mahu kelihatan indah dengan pemilihan pakaian yang asas sahaja,"jelasnya.
Namun untuk majlis resepsi, Kris Dayanti memilih untuk menggayakan pakaian gaya Eropah, tetapi kali ini Kris Dayanti menggunakan khidmat pereka fesyen termahsyur, Verra Wang.
Kris Dayanti bakal melangsungkan pernikahan pada 24 Mac akan datang, yang mana ia bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke-36. Persiapan besar-besaran dikhabarkan sedang berlaku saat ini untuk memastikan majlis yang berlangsung di Jakarta ini berjalan dengan lancar.
Anang Siap Untuk Hadir
Pasti ramai yang tertanya-tanya keadaan mantan suami kepada Kris Dayanti, iaitu Anang Hermansyah selepas mendengar khabar bekas isteri sudah bersedia untuk berkahwin baru.
Dalam satu kenyataan, Anang sudah memberitahu media bahaya dia masih belum pasti untuk menghadiri majlis perkahwinan Kris Dayanti itu.
"Kalau di undang, Ya Insya-Allah saya akan hadir, tapi setakat ini saya masih belum mendapat apa-apa pemberitahuan,"ungkap Anang.

Persiapan pernikahan bintang popular Indonesia, Kris Dayanti kini sudah berada di tahap yang terakhir.

Memilih untuk menggayakan busana yang lebih tertutup dan sopan, jelas pereka fesyennya, Anne Avantie dalam satu kenyataan media di Indonesia, Kris Dayanti hanya mahu kelihatan sederhana sahaja di majlis pernikahannya nanti.

"Permintaan Yanti (Kris Dayanti), dia mahu pakaian yang tertutup dan tidak mahu terlalu mencolok, sarat dan baju yang mempunyai leher yang tinggi.

"Ini kerana, Yanti tidak mahu dilihat seperti sedang menjayakan konsert di atas pentas,dan jika boleh dia mahu kelihatan indah dengan pemilihan pakaian yang asas sahaja,"jelasnya.

Namun untuk majlis resepsi, Kris Dayanti memilih untuk menggayakan pakaian gaya Eropah, tetapi kali ini Kris Dayanti menggunakan khidmat pereka fesyen termahsyur, Verra Wang.

Kris Dayanti bakal melangsungkan pernikahan pada 24 Mac akan datang, yang mana ia bertepatan dengan ulang tahunnya yang ke-36. Persiapan besar-besaran dikhabarkan sedang berlaku saat ini untuk memastikan majlis yang berlangsung di Jakarta ini berjalan dengan lancar.

Anang bersama anak-anaknya bersama kris dayanti


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: