Thursday, March 3, 2011

Enam protege sedia berentap



Teka-teki siapakah protege mentor musim kelima kini terjawab apabila mereka diperkenalkan menerusi showcase Mentor 5. Pencarian selama dua bulan menjelajah seluruh pelosok negeri menemukan enam yang terbaik.

Mereka adalah Aiman (Rahim Maarof), Iqa (Edry Abd Halim), Salma (Erra Fazira), Ratnah (Afdlin Shauki), Ayish (Noh Hujan) dan Shiha (Datuk Sharifah Aini).

Enam protege itu bakal berentap merebut gelaran juara Mentor 5, sekali gus memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan kereta Chevrolet Cruze.

Keenam-enam protege itu memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor masing-masing untuk menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, jam 9 malam, Ahad ini.

Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan dan akan mengadakan persembahan sebanyak empat kali pada konsert mingguan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B untuk mengumpul markah.

Masih mengekalkan format pemarkahan, 50 peratus juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus juri awam melibatkan pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri seni tanah air.

Ally Iskandar kekal sebagai pengacara, jurnal Mentor dan jurnal Protege.

Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama ketika konsert mingguan untuk mendapatkan kisah menarik di sebalik Mentor 5.

Mentor 5 membariskan Ajai sebagai penasihat vokal, Adam sebagai penasihat persembahan, Faizal Uzir sebagai pengarah muzik dan buat pertama kalinya memilih Ramli MS sebagai juri tetap.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: