|
|
SETELAH dipecat daripada membintangi drama bersiri popular, Two And A Half Man, pelakon utamanya Charlie Sheen telah menuntut sebanyak RM320 juta daripada Warner Bros dan penerbit Chuck Lorre.
Seperti yang dipetik daripada laman web TMZ, pelakon berkenaan bertindak berbuat demikian kerana berasakan pemecatannya itu tidak adil serta menuduh Chuck dengki terhadap dirinya.
"Saya percaya dia telah membuat keputusan untuk memecat saya kerana egonya sendiri dan mempunyai kepentingan peribadi. Malah, saya dijadikan sebagai kambing hitam semata-mata untuk memuaskan kehendaknya," tegas pelakon berkenaan.
Sebelum ini, dia mengakui bahawa Chuck sememangnya begitu membenci dirinya dan sempat menggelar penerbit berkenaan sebagai seorang badut dan lelaki bodoh.
Tegas pelakon itu lagi, keputusan yang dibuat untuk memecatnya itu dilihat tidak adil kerana dia sedang sakit dan kontraknya hanya tamat pada Mei 2012 akan datang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: