Isu pelakon laris Shahiezy Sam yang dikatakan bermasalah dengan syarikat pengurusannya MIG hangat diperkatakan. Ada juga yang mengatakan pelakon Adnan Sempit itu tidak puas hati dengan syarikat penerbitan filem paling aktif itu. Che Li ada tanya tokey MIG, David Teo pasal isu Shahiezy semasa jumpa dengannya dalam majlis doa selamat filem baru terbitannya Papa... I Love You di pejabat baru mereka di Petaling Jaya Selatan, malam tadi.
Ini kata David: "Saya anggap isu pasal Shahiezy dibangkitkan oleh orang yang tak puas hati dengan dia. Mungkin ada orang yang nak dapatkan dia bagi projek filem atau drama, tapi tak dapat. Sebab itulah keluarnya cerita macam-macam.
"Saya nak bagi tahu, Shahiezy memang penuh jadual penggambaran filem sekarang. Kami sendiri tak sempat nak aturkan penggambaran drama kerana banyak projek lain menantinya. "Sekarang pun dia berada di Korea untuk menjalani penggambaran sebuah filem di sana. Bukan filem terbitan saya, tapi pihak lain. "Bukannya MIG mengongkong dia sehingga tidak boleh berlakon di luar. MIG sendiri memang mengaturkan banyak filem melibatkannya. Sebelum filem Ngangkung meletup lagi dia dan ada beberapa filem lain menunggu. Kami bukan tunggu sesebuah filem meletup baru mahu buat filem lain." Apabila filem lakonannya Adnan Sempit dan Ngangkung meletup di pawagam, banyak pihak lain mula nampak kebolehan Shahiezy. Apabila ada yang datang melamar pada masa itu jadualnya sudah padat dengan penggambaran filem yang sudah diatur lebih awal sebelum filem itu ditayangkan. Bersama MIG, Sam sudah menyiapkan beberapa judul antaranya Kongsi, Sekali Lagi, Bini Biniku Gangster dan 8 Jam yang menampilkan Shahiezy sebagai peneraju utama. Filem-filem tersebut berlainan tema yang pastinya akan menampilkan variasi lakonan Shahiezy. Che Li: Meminati lakonan Shahiezy sejak dia kanak-kanak dalam drama Pae lagi yang sangat menyentuh hati. Tak sangka sekarang dah boleh dicalonkan sebagai Pelakon Remaja No. 1 Malaysia. Syabaslah! |
Saturday, March 12, 2011
Ada orang dengkikan Shahiezy...David
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: