Monday, January 4, 2010

Penduduk diganggu premis besi buruk


MOHAMAD (kanan) bersama penduduk menutup telinga kerana tidak tahan dengan bunyi bising yang ditimbulkan premis barangan lusuh di Kampung Salak Tinggi, Sepang semalam.

SEPANG - Makan hati kerana bantahan tidak dilayan.

Lebih 150 keluarga di kawasan Salak Tinggi di sini tidak berpuas hati apabila aduan dan bantahan mereka berhubung kewujudan sebuah premis barang lusuh dan besi buruk di sini sejak tujuh tahun lalu tidak dihiraukan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ekoran sikap tidak endah pihak terbabit, penduduk mendakwa mereka terpaksa menghidu bau busuk, menghirup asap kotor serta mendengar bunyi bising setiap hari gara-gara aktiviti yang dijalankan di premis itu.

Lebih membimbangkan apabila dinding sesetengah rumah penduduk di situ didakwa retak.

Ia dikatakan ekoran gegaran kuat yang dihasilkan daripada kerja-kerja meremukkan kereta lama di premis yang mula beroperasi sejak enam tahun lalu.

Tinjauan Kosmo! mendapati premis barang lusuh dan besi buruk berkenaan terletak beberapa meter dari rumah penduduk di Kampung Salak Tinggi dan cuma kira-kira 50 meter dari Taman Perumahan Salak Baiduri.

Ketua Kampung Salak Tinggi, Mohamad Osman, 50, berkata, beliau telah beberapa kali memaklumkan perkara itu kepada pihak berkenaan, tetapi aduannya dipandang sepi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: