BAGAN SERAI - Rutin seorang pekerja memberi makanan kepada ayam ternakan nyaris mengundang tragedi apabila hampir disambar seekor ular sawa yang berada di hadapan pintu reban ayam di Kampung Batu Tujuh Setengah, Lembah Beriah, di sini semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, pekerja hanya dikenali Siti, 47, berkata, sewaktu dia membuka pintu reban ayam ternakan majikan, dia terus melangkah masuk ke dalamnya bagi memberi makanan kepada lebih 50 ekor ayam, beberapa rusa dan kambing peliharaan majikan.
Menurutnya, sebaik memasuki reban, dia yang belum sempat menabur dedak kepada haiwan peliharaan terkejut mendapati seekor ular sawa sepanjang tiga meter berada hanya beberapa inci dari kedudukannya.
“Sewaktu berada dalam reban, saya pelik dengan gelagat kawanan ayam berkumpul pada satu tempat.
“Belum pun sempat makanan ditabur, saya terkejut melihat seekor ular sawa berada tepat dan beberapa inci di atas kepala saya.
“Mujur saya pantas berundur dan menjerit keluar dari reban terbabit sebelum bertindak menghubungi majikan,” katanya kepada media di sini semalam.
Sementara itu, pemilik reban, Norhashimah Mohd Zaki 25, berkata, ketika kejadian dia berada di Taiping dan terkejut selepas dimaklumkan mengenai penemuan ular berkenaan.
Menurutnya, dia segera menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai bagi memaklumkan kejadian terbabit.
Dalam pada itu, Ketua Operasi BBP Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan II, Nasir Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan terbabit pada jam 11.32 pagi dan segera ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pihaknya dengan kekuatan enam anggota bertindak menggunakan penjerut dan mengambil masa sekitar 15 minit untuk menangkap haiwan terbabit.
“Ular sawa yang berat hampir 20 kilogram dan panjang hampir tiga meter itu, berjaya dijinakkan dalam tempoh kurang 10 minit.
“Setelah ditangkap, ular ini dibawa dan dilepaskan semula ke kawasan hutan yang jauh dari kediaman penduduk.
“Operasi tamat pada jam 12.02 tengah hari,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: