MAKANAN ibu dalam pantang amat dititikberatkan sejak dahulu kerana bimbang mendedahkan ibu kepada risiko sekiranya tersalah makan dan cara penyediaannya.
Makanan ini penting untuk memulihkan tenaga yang banyak digunakan ibu semasa melahirkan.
Bagaimanapun kegagalan mendapatkan menu sihat ketika berpantang memberi kesan kepada ibu yang kebanyakannya mengalami tekanan darah rendah.
Seiring dengan kemodenan, makanan pantang sejuk beku menjadi alternatif dan pilihan terutama bagi ibu yang mahu berpantang sendiri.
Ia hanya perlu dipanaskan sahaja dan mudah didapati terutamanya di kawasan bandar.
Bagi suri rumah, Bahjat Syed Yassin, dia mula mengenali makanan pantang sejuk beku dengan mencarinya melalui menu berpantang selepas mengalami keguguran.
“Saya membeli 10 menu, antaranya ikan kerisi gulai lemak, ayam kampung masak asam dan daging bakar dengan harga yang berbaloi.
“Dalam keadaan masih lemah, saya tidak mampu memasak dan dengan membelinya, ia memudahkan saya. Hanya perlu dipanaskan dan menjimatkan masa dan tenaga.
“Walaupun makanan pantang sejuk beku ini masih baru, tetapi menjadi pilihan saya kerana yakin ia disediakan seperti mana saya berpantang di kampung. Makanan berpantang di kampung disediakan dengan cara menggoreng tanpa minyak, rebus dan panggang,” katanya yang tinggal di Batu Cave, Selangor.
Sedap dan berkhasiat
Bagi pekerja swasta, Farah Nabilah Mohd Fazli, makanan berpantang sejuk beku sudah dikenali ramai terutamanya kepada ibu muda yang berpantang.
“Kebanyakan menu yang disediakan adalah tidak pedas, tanpa pewarna dan sedap. Bahan-bahan yang digunakan juga sesuai untuk ibu bersalin dan tidak memberikan kesan kepada ibu dan bayi,” katanya yang pernah membelikan untuk ibunya yang sedang berpantang.
Farah Nabilah berkata, sesetengah masyarakat menganggap ibu berpantang tidak boleh makan makanan yang dimasak dua kali.
“Alhamdulillah, ibu saya tidak mengalami masalah ketika makan makanan sejuk beku sepanjang berpantang,” katanya.
Sementara itu, kakitangan awam, Noor Azmatun Hamdi, 34, berkata, makanan pantang sejuk beku dipilih kerana berpantang sendiri.
“Selepas berpengalaman pantang anak pertama, saya amat menitikberatkan makan tengah hari dan malam tepat pada masa ketika berpantang.
“Dengan adanya makanan sejuk beku yang terdiri daripada makanan panggang dan rebus, saya hanya perlu panaskan sahaja dan dimakan bersama nasi putih.” katanya.
Tambahnya, dengan makan makanan pantang sejuk beku dia juga berjaya menurunkan berat badannya ketika berpantang.
“Saya membeli pelbagai jenis menu berpantang sejuk beku kerana berkhasiat dan segar. Saya memilih membelinya kerana ia dihantar terus ke rumah,” katanya yang membeli daripada peniaga di sekitar Lembah Klang.
Foodzyla luaskan pasaran
Bagi Pengasas Foodzyla Delivery (Foodzyla), Norshazilawati Mohd Rodzi, melihat kepada keperluan makanan pantang terutamanya bagi ibu yang berpantang sendiri, memberikan inspirasi kepadanya menyediakan makanan pantang sejuk beku.
“Alhamdulillah, permintaan makanan pantang sejuk beku memberangsangkan sejak ia diperkenalkan akhir tahun lalu. Saya menyediakan perkhidmatan ini untuk membantu ibu berpantang menyediakan menu mereka sendiri dan berkhasiat.
“Pada mulanya, makanan pantang sejuk beku ini diperkenalkan di Lembah Klang sahaja, namun kini di seluruh negara,” katanya.
Tambahnya, bagi pelanggan luar Lembah Klang, mereka boleh mendapatkan makanan pantang sejuk beku daripada Rakan Niaga dan ejen Foodzyla.
Norshazilawati berkata, Foodzyla menyediakan lebih 16 menu makanan sejuk beku dalam pantang, antaranya kari ikan yu, ayam kampung masak halia, daging bakar blackpepper, sup ikan haruan, siakap stim halia, ikan kerisi lemak lada hitam dan selar tumis kunyit.
“Makanan yang disediakan tidak mengandungi serbuk perasa, tiada pengawet, pewarna dan 100 peratus menggunakan garam bukit. Harga yang ditawarkan mampu milik iaitu RM21 per pek dan makanan itu boleh dimakan tengah hari dan malam,” katanya.
Sebelum ini, Foodzyla mengeluarkan makanan Melayu dan Barat sejuk beku. Ia menjual makanan panas sejak 2013.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: