KUANTAN - Ramadan menjadi bulan rezeki buat rumah anak yatim yang menerima banyak sumbangan daripada pelbagai pihak.
Tidak terkecuali Rumah Puteri Baitul Husna di Beserah yang sentiasa menerima kunjungan dan sumbangan hari raya.
Penyelianya, Zuraida Ismail berkata, rumah perlindungan tersebut dihuni 29 penghuni berusia sembilan hingga 17 tahun.
Menurutnya, rumah tersebut yang baru berpindah dari Bukit Sekilau hujung tahun lalu dibina di atas tanah wakaf dengan kos keseluruhan sebanyak RM500,000 hasil sumbangan orang ramai.
“Hasrat untuk mempunyai bangunan sendiri tercapai dan kini penghuni lebih selesa.
“Dari segi perbelanjaan bulanan, kita memperuntukkan RM8,000 sebulan bagi menampung semua kos.
“Bagi seorang penghuni,kita memperuntukkan RM500 seorang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Ziarah Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Pahang (BAKKISS) dengan kerjasama Polis Bantuan Pelabuhan Kuantan, di sini.
Zuraida berkata, kesemua penghuni di rumah itu menjalani rutin harian mengikut jadual ditetapkan.
Sementara itu, Yang Dipertua BAKKISS, Wan Azlan Wan Salleh berkata, dalam program itu, pihaknya menyampaikan sumbangan duit raya dan juadah berbuka puasa.
“Saya harap sumbangan yang diterima dapat menceriakan penghuni di sini,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: