GEMENCHEH - Maman antara sayur menjadi pilihan penduduk Gemencheh dan sekitarnya apabila tiba musim perayaan.
Rendang maman yang menjadi menu wajib pada Aidilfitri dan Aidiladha menyebabkan sayur berkenaan mendapat permintaan tinggi sekali gus harganya boleh mencecah RM10 hingga RM12 sekilogram.
Bagaimanapun bagi pengusaha maman, Muhamad Imran Johari, 26, dia masih mengekalkan harga maman iaitu RM6 sekilogram sejak empat tahun lalu.
Dia yang mengusahakan tanaman sayur maman seluas 0.2 hektar di tanah milik emak mertuanya di Kampung Gedok, di sini, berkata, dia masih mengekalkan harga berkenaan kerana niat mahu bersedekah.
"Saya berniaga maman ini bagi menyambung usaha arwah ayah sebelum ini. Arwah ayah pesan kalau mahu jual maman jangan naikkan harga, jual murah supaya rezeki lebih senang masuk.
"Sejak empat tahun lalu, saya tidak pernah naikkan harga dan harga masih sama RM6 sepertimana masa arwah ayah saya jual dahulu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Tambahnya, dia satu-satunya peniaga di sekitar Gemencheh yang masih menjual harga semurah itu.
"Ada yang jual RM8, ada yang jual RM10 sekilogram. Di daerah lain pula ada yang jual RM12 sekilogram. Harga maman akan naik bila musim perayaan tiba kerana mendapat permintaan tinggi.
"Saya percaya rezeki lebih murah jika saya jual murah seperti amanat arwah ayah," katanya.
Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 300 kilogram maman telah ditempah orang ramai di sekitar Gemencheh dan Gemas.
"Maman ini makanan tradisi masyarakat Gemencheh, tidak lengkap hari raya kalau tak ada rendang maman.
"Bukan sahaja orang Gemencheh, orang Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pun datang cari saya kerana mahu beli maman. Mereka kata susah nak dapatkan sayur maman di tempat lain, lebih-lebih lagi pada musim perayaan," katanya.
Katanya, orang ramai yang mahu membeli maman boleh datang ke Bazar Mara Gemencheh Lama yang dibuka setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 3 petang.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: