PENAGA - Bergelar nelayan pastinya bukan sesuatu tugas yang mudah, namun ia merupakan tanggungjawab yang perlu dipenuhi mereka bagi menyara kehidupan harian.
Laut yang terbentang luas pastinya menimbulkan kebimbangan bagi mereka yang pertama kali melakukannya, namun bagi golongan ini, itu merupakan lumrah dan pengorbanan yang harus mereka tempuhi.
Faktor cuaca yang tidak menentu selain ombak kuat umpama alah bisa tegal biasa.
Bagi Nazrin Othman, 40, bergelar nelayan sudah cukup sebati di dalam hidupnya.
"Saya dah jadi nelayan hampir 20 tahun. Dengan hasil tangkapan laut inilah saya gunakan untuk sara isteri dan anak-anak.
"Kalau nak ikutkan, pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang bergelar nelayan. Laut tak seperti darat. Faktor cuaca tak menentu antara cabaran yang perlu saya hadapi," katanya.
Nazrin berkata, banyak perkara yang sudah berubah di antara nelayan pada suatu ketika dahulu berbanding kini.
"Dulu semua kerja guna kudrat sendiri. Dulu tak ada alat untuk kesan kedudukan ikan, tapi ini dengan pelbagai teknologi canggih seperti televisyen sonar menjadikan kerja semakin mudah.
"Banyak bantuan yang diberikan kepada nelayan sebagai tambahan seperti elaun sebanyak RM300. Kadangkala kami hanya pulang tangan kosong, jadi bantuan ini sedikit sebanyak bantu kehidupan kami," katanya.
Namun, antara faktor yang agak mencabar apabila terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.
"Bila ke laut, kami tak dapat agak keadaan cuaca. Boleh jadi masa keluar, ombak macam biasa tapi bila sampai di tengah laut pula bergelora.
"Teknologi antara kekangan untuk kami ketika ini. Tak semua nelayan ada kelengkapan untuk tahu keadaan cuaca," katanya.
Bagi Basarudin Abu Bakar, 50, pula berkata, langkah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperkenalkan tempat pendaratan ikan bagi nelayan sekali gus banyak merubah pendapatan golongan ini.
"Kalau dulu, nelayan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada orang tengah. Harga seolah-olah mereka yang tentukan. Kalau masa ikan banyak, sedikit sebanyak nelayan akan terima kesan sebab mereka ambil ikan dengan harga murah.
"Tapi kalau lihat kini, di setiap pusat pendaratan ikan yang disediakan di pasar, nelayan dapat pasarkan sendiri hasil tangkapan mereka. Dalam soal ini, nelayan dapat pulangan lebih untung, mereka dapat jual terus kepada pembeli," katanya yang juga merupakan Ketua Unit Nelayan Sungai Tembus.
Keistimewaan Pasar Bisik di Kuala Muda
Kuala Muda merupakan antara tempat yang mengamalkan sistem jualan bukan secara terus akan tetapi melalui kaedah bisik.
Nelayan, Ariffin Mat, 49, berkata, sistem bisik ini mempunyai banyak keistimewaan kepada nelayan itu sendiri.
“Bisik adalah satu kaedah di mana nelayan akan membisikkan harga kepada pembeli, setiap pembeli akan menawarkan harga masing-masing sebelum nelayan memilih pembeli yang menawarkan harga lebih tinggi.
“Dalam hal ini, nelayan tidak perlu menunggu pembeli dalam jangka masa lama, bawa hasil laut naik ke pantai, duit pun dapat cepat, tidak perlu menunggu,” katanya.
Menurutnya, setakat ini kaedah bisik tidak pernah mendapat halangan daripada mana-mana pihak.
“Setakat ini mana-mana pihak baik daripada LKIM sendiri tidak mempunyai masalah mengenai kaedah yang kami amalkan di sini.
“Kaedah bisik ini kalau dilihat sebagai salah satu tarikan dan juga keistimewaan yang ada di Kuala Muda ini, ia bukan sehari dua diamalkan tapi sejak zaman berzaman,” katanya.
Sementara itu, Adun Penaga, Datuk Zain Ahmad berkata, setakat ini pihaknya sentiasa memantau perkembangan nelayan yang terdapat di sekitar Penaga termasuk di beberapa jeti di Kuala Muda, Sungai Tembus dan beberapa tempat lain.
Menurutnya, perkembangan dari semasa ke semasa sememangnya sentiasa diadakan bagi memastikan nasib golongan nelayan ini tidak tercicir dan diabaikan.
"Pihak kami mengakui, kalau dibandingkan taraf hidup, nelayan masih lagi terdiri daripada mereka yang mempunyai taraf hidup yang rendah.
“Dari segi pembangunan apa yang saya lihat di Penaga khususnya, Kuala Muda ini sememangnya banyak lagi yang perlu dilakukan. Dari sudut promosi Kuala Muda misalnya, saya lihat masih kurang, kebanyakan orang ramai yang datang daripada kalangan mereka yang tahu mengenai kewujudan Pasar Bisik ini sahaja,
“Jadi dari sudut ini, saya lihat kerjasama perlu diadakan bagi memastikan Kuala Muda khususnya lebih dikenali orang ramai bukan sahaja di Pulau Pinang malahan mereka yang datang daripada luar,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: