MELAKA - “Saya kagum dengan semangat Raja Muda Selangor,” kata Leftenan Muda Nafiq Afifi Jumaan, salah seorang rakan seperjuangan Leftenan Muda Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa menjalani latihan ketenteraan di Kem Terendak di sini.
Nafiq Afifi berkata, walaupun berketurunan raja, Tengku Amir Shah sanggup merendah diri untuk merasai dan menjalankan latihan- latihan lasak semasa sesi latihan sama seperti pegawai lain tanpa ada layanan istimewa.
“Tengku Amir Shah sentiasa mahu berusaha sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Ini yang saya kagum dengan Tengku Amir yang tak mengenal erti kalah.
“Pada awal Tengku melapor ke pasukan, kami diarahkan untuk berlari sejauh 2.4 km dengan pakaian lengkap medan serta membawa senjata. Alhamdulillah, Tengku Amir dapat menghabiskan larian tersebut bersama skuad yang lain walaupun kepayahan dan keperihan itu terserlah di wajahnya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian watikah Pegawai Muda Tentera Darat Luar Negara di Kem Terendak, di sini semalam.
Menurutnya, Raja Muda Selangor itu sangat disenangi oleh pegawai lain yang turut menjalani latihan ketenteraan sama.
“Tengku Amir begitu positif dan berjiwa kental. Banyak kali jugalah baginda mengatakan boleh melakukannya sendiri.
“Kenangan saya yang tak boleh lupa apabila saya menasihati untuk menolong Tengku, tetapi dia tetap nak buat juga dan akhirnya apabila dapat hukuman Tengku sendiri mengaku itu salahnya,” katanya,
Nafiq Afifi turut menyimpulkan Raja Muda Selangor itu sebagai seorang yang berjiwa rakyat, berfikiran terbuka dan menghormati orang sekeliling walaupun berketurunan raja.
Leftenan Muda Tengku Amir Shah bersama Leftenan Muda Mohd Nafiq Afifi dan tiga yang lain iaitu Leftenan Muda Muhammad Akmal Azmi, Leftenan Muda Mohamad Haziq Mohd dan Leftenan Muda Mohammad Hariz Hashim menerima watikah tauliah sebagai Pegawai Muda Tentera Darat Tauliah Luar Negara di Kem Terendak di sini, semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: